Gabungan pengetahuan teknikal dan perundingan yang sempurna.

Perundingan

OpenKM menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pelaksanaan, integrasi, peningkatan, penghijrahan dan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan OpenKM.

Pasukan perundingan kami telah memperolehi pengalaman yang nyata dalam melaksanakan platform OpenKM dengan berjaya di pelbagai sector perniagaan dari skala pertengahan hingga perusahaan yang berskala besar. Ini termasuk sector perbankan dan kewangan, minyak & gas, tenaga, kejuruteraan, kesihatan dan organisasi sektor awam.

Perunding-perunding OpenKM kami telah menyediakan perkhidmatan pelaksanaan dan sokongan kepada pelanggan kami dalam pelbagai segmen industri termasuk tetapi tidak terhad kepada organisasi sektor awam, minyak & gas, perbankan & kewangan, insurans, kesihatan, perkapalan, utiliti dan telekomunikasi.

OpenKM telah mewujudkan perkongsian perniagaan yang kuat dengan organisasi terkemuka yang mempunyai amalan terbaik di bidang sistem pengurusan dokumen elektronik dan pengurusan rekod. Jikalau diperlukan, pakar-pakar atau jurutera-jurutera OpenKM akan memimpin projek anda dan boleh merangkumi skop kerja dari lingkupan keperluan pengguna sampai ke penyebaran hasil pengeluaran.

Berikutan pembelian, aktiviti analisis dan dokumentasi proses dan prosedur adalah penting. Sebagai sebuah organisasi, anda perlu tahu di mana dokumentasi anda berasal dan di mana ia berakhir. Lebih penting lagi, anda ingin mengetahui caranya untuk mencapai ke destinasinya.

Kami menggunakan metodologi ISO-15489-2:

  • Siasatan awal.
  • Analisis aktiviti perniagaan.
  • Pengenalpastian keperluan untuk rekod.
  • Penilaian sistem sedia ada.
  • Mengenal pasti strategi untuk memenuhi keperluan rekod.
  • Reka bentuk sistem rekod.
  • Pelaksanaan sistem rekod.
  • Kajian semula selepas pelaksanaan.
  • Pemantauan dan pengauditan.
  • Latihan.

Perkhidmatan perundingan termasuk:

  • Pemeriksaan Eksplorasi proses & prosedur yang sedia ada.
  • Penilaian pengurusan proses perniagaan & reka bentuk semula.
  • Peningkatan dan penambahbaikan teknologi.
  • Model dokumentasi dan tadbir urus.
  • Pemasangan & pengujian.
  • Pengindeksan, carian dan pengurusan metadata.
  • Pengurusan Projek Latihan.
  • Audit sistem.

Anda boleh menyedari:

  • Keputusan yang dijangka.
  • Memastikan pulangan optimum pelaburan.
  • Peningkatan nilai.
  • Kualiti yang optimum.

Hubungi kami

Pertanyaan umum

JBA Solutions Sdn Bhd

OpenKM in 5 minutes!