Ketahui cara menyederhanakan masalah anda

Bagaimana kita berfungsi:

Perkara yang paling penting bagi kami ialah memahami masalah yang anda ingin selesaikan. Kemudian kami akan menyediakan satu atau lebih cara-cara untuk menyelesaikannya. Matlamat kami adalah mencari cara penyelesaian yang paling mudah.

Pasukan perundingan kami telah memperolehi pengalaman yang nyata dalam melaksanakan platform OpenKM dengan berjaya di pelbagai sector perniagaan dari skala pertengahan hingga perusahaan yang berskala besar. Ini termasuk sector perbankan dan kewangan, minyak & gas, tenaga, kejuruteraan, kesihatan dan organisasi sektor awam.

Apa yang boleh kami tawarkan kepada anda:

Kami boleh mengkonfigurasikan, memparameterkan atau memperluaskan ciri-ciri OpenKM untuk mematuhi keperluan perniagaan anda. Kami boleh melakukan tugas-tugas keseluruhan itu dengan pasukan kami sendiri ataupun dengan kerjasama pasukan teknikal anda.

Pengubahsuaian biasa

  • Memperluaskan ciri-ciri antara muka pengguna.
  • Bina antara muka pengguna yang diubahsuaikan.
  • Mengintegrasikan OpenKM dengan aplikasi pihak ketiga.
  • Bina ciri-ciri baru.
  • Bina aliran kerja.
  • Latihan khusus disesuaikan dengan keperluan anda.
  • Bina proses penangkapan data.
  • Bina proses pengkatalogan automatik.
  • Bina proses import dan eksport automatik.

Aliran kerja

OpenKM menyediakan enjin aliran kerja untuk mentakrifkan dan menggunakan semula logik perniagaan, mempermudahkan proses perniagaan dan membantu pekerja menyelaraskan secara berkesan dengan kedua-dua organisasi dan satu sama lain. Dengan menghubungkan proses dengan penciptaan kandungan, OpenKM membolehkan organisasi untuk bertukar maklumat transaksional dan bertindak dengan cepat kepada keperluan baru atau perubahan perniagaan.

Dengan OpenKM, semua dokumen anda disimpan secara elektronik dan teratur dengan cara yang masuk akal untuk keperluan aliran kerja dan akses anda. Dokumen juga boleh diperoleh dengan mudah melalui carian global yang pintar.

  • Bina aliran kerja yang kompleks.
    • Aliran kerja untuk semakan, kelulusan dan pengesahan.
    • Sokongan untuk aliran kerja bersiri dan selari.
  • Menetapkan tugas kepada kumpulan atau pengguna.
  • Memantau tugas aliran kerja, status dan proses.
  • Pemberitahuan mesej e-mel yang boleh dikonfigurasikan.

Tugas automatik

Pada peristiwa tertentu, anda boleh menggunakan peraturan pengesahan dan tindakan tertentu yang akan dilakukan pada dokumen tanpa intervensi manusia. Contoh-contohnya:

  • Tangkap Metadata.
  • Pengelasan dokumen.
  • Pelaksanaan aliran kerja automatik.

Kelebihan utama automasi adalah:

  • Peningkatan produktiviti dan pengurangan masa operasi.
  • Kualiti yang dipertingkatkan dan ketepatan yang tinggi.
  • Mengurangkan kos buruh dan perbelanjaannya secara langsung.

Integrasi

OpenKM menyediakan platform yang saling beroperasi untuk mempermodalkan sumber-sumber di seluruh aplikasi dan repositori di seluruh perusahaan. Kami telah membangunkan OpenKM dengan matlamat untuk menyediakan beberapa kaedah integrasi:

  • OpenKM SDK untuk Java, .Net dan PHP.
  • Menggunakan Webservices dan API REST
  • Pengesahan pengguna adalah 'pluggable' dan mudah melalui pangkalan data pengguna luar, LDAP atau Active Directory, SSO dan CAS.
  • Stor data boleh dikonfigurasikan untuk digunakan di mana-mana pangkalan data seperti MySQL, PostgreSQL, Oracle atau SQL Server.

Penyambung yang tersedia: AutoCAD, MS Office, Vtiger, BonitaSoft, Kofax, Abby Flexicapture.

Video-video yang berkaitan:

OpenKM - CRM Solution
OpenKM - Penyelesaian CRM

Hubungi kami

Pertanyaan umum

JBA Solutions Sdn Bhd

OpenKM in 5 minutes!