Sesuai dengan keperluan perisian anda

Alat Pembangunan OpenKM

Alat pembangunan OpenKM adalah set utiliti yang membolehkan anda membina aplikasi khusus yang disesuaikan dengan keperluan organisasi anda, mengendalikan isi kandungan dokumen dengan mudah, mempermudahkan aliran kerja anda, dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan anda.

Set alat pembangunan OpenKM terdiri daripada:

  • Persekitaran Pembangunan OpenKM.
  • OpenKM SDK
  • Model Pembangunan Antara Muka Pengguna OpenKM.
  • OpenKM KDocs
  • Stesen Import OpenKM (OpenKM Import Station)

Persekitaran Pembangunan OpenKM

Persekitaran pembangunan OpenKM diedarkan melalui mesin maya (virtual machine).

Pengedaran ini merangkumi:

  • OpenKM yang berfungsi sepenuhnya.
  • Persekitaran pembangunan berasaskan Eclipse.
  • Utiliti penjanaan laporan (iReport)
  • Enjin aliran kerja
  • Contoh kod sumber

OpenKM SDK

Toolkit pembangunan perisian (SDK) OpenKM membenarkan pembinaan aplikasi dengan menggunakan Java, .Net, dan Node.js.

OpenKM SDK mempunyai perpustakaan perkhidmatan web (API) terpasang untuk mengakses OpenKM melalui perkhidmatan web REST. Ia memberikan keserasian penuh di antara versi-versi REST dan versi-versi perkhidmatan web OpenKM, yang meminimumkan perubahan kodnya.

Model Pembangunan Antara Muka Pengguna OpenKM

Aplikasi ini menggunakan Spring Boot dan Bootstrap. Ia direka secara eksplisit untuk meningkatkan proses pembinaan dan penyelenggaraan aplikasi rangka Spring dengan tahap fleksibiliti dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ia menawarkan penyelesaian yang mudah namun komprehensif untuk membangun, melaksana, dan mengemaskini aplikasi Java.

Faedah-faedah Spring Boot:

  • Menurunkan kerumitan.
  • Penyebaran yang mudah.
  • Boleh disesuaikan.
  • Selamat.
  • Ringkas.
  • Pantas.
  • Tidak mengganggu.
  • Digunakan secara meluas.

OpenKM KDocs

Aplikasi ini bertujuan untuk mengemakini dokumen-dokumen produk atau perkhidmatan atas talian organisasi, yang seterusnya membolehkan pengguna melihat dan memuat turun fail-fail tersebut.

KDocs menjadikannya lebih mudah untuk:

  • Salinan dokumen, dan membolehkan versi baru dibuat.
  • Pautkan versi-versi dokumentasi produk atau perkhidmatan yang berbeza.
  • Buat Skrip Helpdesk.

Ciri-ciri teknika:

  • Spring Boot dan Bootstrap.
  • Enjin templat.
  • Freemarker (Membolehkan perubahan reka bentuk dalam masa nyata, berdasarkan templat yang disimpan di dalam repositori OpenKM).

OpenKM KDocs dipasangkan pada mesin templat Freemaker dan JSP secara lalai. Ia juga dapat dipasangkan dengan mudah pada mesin templat lain seperti Thymeleaf. Anda dapat mengubah reka bentuk aplikasi dalam waktu nyata dengan templat Freemaker tanpa menyusun semula (recompile) aplikasi dengan menggunakan repositori templat OpenKM.

Stesen Import OpenKM

Aplikasi web yang digunakan untuk pengurusan tugas-tugas import repositori OpenKM.

Tugas Stesen Import adalah berdasarkan pada sistem plugins yang membolehkan fungsi import yang lebih mendalam.

Related videos:

OpenKM - CRM Solution
OpenKM - Penyelesaian CRM
OpenKM - Import Station
OpenKM - Stesen Import

Hubungi kami

Pertanyaan umum

JBA Solutions Sdn Bhd

OpenKM in 5 minutes!