Menguruskan kandungan digital dengan selesa dan meringankan beban kerja anda demi mencapai kecekapan yang tinggi

Pengurusan dokumen

OpenKM adalah sejenis Perisian Pengurusan Kandungan Perusahaan, dan ianya juga sering dirujuk sebagai Sistem Pengurusan Dokumen (DMS). Terdapat juga banyak kesusasteraan mengenai terma pengurusan dokumen seperti: DMS, EDMS, EDRMS atau CMS, biasanya dipengaruhi oleh peraturan pemasaran.

Perisian Pengurusan Dokumen adalah program komputer yang digunakan untuk menyimpan, mengurus dan menjejaki dokumen elektronik dan imej elektronik berasaskan maklumat kertas yang ditangkap melalui pengimbas dokumen.

OpenKM adalah penyelesaian pengurusan yang membolehkan perniagaan mengawal pengeluaran/ penghasilan, penyimpanan, pengurusan dan pengedaran dokumen elektronik untuk menghasilkan keberkesanan yang lebih besar dalam proses-proses tersebut. Ia juga membolehkan penggunaan semula maklumat dan pengawalan aliran dokumen.

OpenKM adalah perisian pengurusan dokumen yang mengintegrasikan semua pengurusan dokumen yang penting, kerjasama dan fungsi carian yang maju dalam satu penyelesaian integrasi yang mudah digunakan. Sistem ini juga termasuk alat pentadbiran untuk menentukan peranan pelbagai pengguna, kawalan akses, kuota pengguna, tahap keselamatan dokumen, log aktiviti yang terperinci dan tugasan automatik.

Perisian pengurusan dokumen OpenKM membina repositori aset maklumat korporat yang bernilai tinggi untuk memudahkan penciptaan pengetahuan; menambahbaikkan pembuatan keputusan perniagaan; meningkatkan produktiviti kumpulan kerja dan perusahaan melalui amalan perkongsian; melaksanakan hubungan pelanggan yang lebih baik; membolehkan kitaran jualan yang lebih pantas; membolehkan masa produk ke pasaran yang lebih cekap; dan membuat keputusan yang lebih baik dan cekap.

Dengan penggunaan sistem pengurusan dokumen OpenKM, anda boleh:

  • Mengawal kandungan perusahaan anda.
  • Mengumpulkan maklumat dari mana-mana sumber digital.
  • Bekerjasama dengan rakan kerja mengenai dokumen dan projek.
  • Memberi kuasa organisasi untuk memanfaatkan pengetahuan terkumpul dengan mencari dokumen, pakar, dan sumber maklumat.
  • Menikmati ciri-ciri pengurusan kandungan perusahaan.
  • Mengurus kandungan digital.
  • Mengurus dokumen.

Pengurusan rekod

Pengurusan Rekod OpenKM membantu organisasi anda dalam mengawal penciptaan, penerimaan, penyelenggaraan, penggunaan dan pelupusan rekod secara cekap dan sistematik. Ia termasuk proses untuk menangkap dan mengekalkan bukti dan maklumat mengenai aktiviti perniagaan dan transaksi dalam bentuk rekod.

Sistem Pengurusan Rekod OpenKM menangkap dan menguruskan rekod sepanjang masa dan menyediakan akses kepada mereka.

Sistem Penjejakan OpenKM mengaudit proses di mana tarikh akhir untuk tindakan dipantau dan amaran dapat diberikan kepada mereka yang menjalankan tugas.

Pelupusan OpenKM adalah pelbagai proses yang berkaitan dengan pelaksanaan retensi rekod, pemusnahan atau keputusan pemindahan yang didokumentasikan dalam pihak berkuasa pelupusan atau instrumen-instrumen yang lain. Pemusnahan adalah proses menghapuskan atau memadamkan rekod, dengan tiadanya kemungkinan pembinaan semula.

Pelan Fail OpenKM adalah satu set peraturan yang menunjukkan, untuk setiap jenis rekod dalam perusahaan, di mana ia perlu dikekalkan, dasar yang dilaksanakan kepada mereka, tempoh mereka mesti dikekalkan, bagaimana mereka harus dilupuskan, dan siapa yang bertanggungjawab untuk menguruskannya.

Dengan pengurusan dokumen OpenKM anda boleh:

  • Tetapkan pengurusan kitaran hayat dokumen.
  • Tetapkan tadbir urus maklumat.
  • Uruskan kandungan.

Aliran kerja

OpenKM menyediakan enjin aliran kerja untuk menentukan dan menggunakan semula logik perniagaan, mempermudahkan proses perniagaan dan membantu pekerja menyelaraskan dengan organisasi secara berkesan. Dengan menghubungkan proses dengan penciptaan kandungan, OpenKM membolehkan organisasi berinteraksi dengan maklumat transaksi dan bertindak balas kepada keperluan perniagaan yang baru dengan lebih cepat.

Dengan pengurusan dokumen OpenKM, semua dokumen anda disimpan secara elektronik dan teratur dengan cara yang sistematik untuk keperluan aliran kerja dan akses anda. Mereka boleh diperolehi dengan mudah melalui carian global yang pintar.

  • Bina aliran kerja yang rumit.
    • Aliran kerja untuk semakan, kelulusan dan pengesahan.
    • Sokongan untuk aliran kerja yang bersiri dan selari.
  • Serahkan tugas kepada kumpulan pengguna atau pengguna individu.
  • Memantau tugas, status dan proses kerja keseluruhan.
  • Pemberitahuan mesej mel boleh dikonfigurasikan.

Tugasan Automatik

Pada peristiwa tertentu, anda boleh menggunakan peraturan pengesahan dan tindakan tertentu yang akan dilakukan pada dokumen tanpa intervensi manusia. Contoh-contohnya:

  • Tangkap metadata.
  • Pengelasan dokumen.
  • Pelaksanaan aliran kerja secara automatik.
  • Tandatangan elektronik.

Kebaikan utama Tugasan Automatik adalah:

  • Meningkatktan produktiviti.
  • Mengurangkan masa operasi.
  • Kualiti yang bertambah baik.
  • Tahap ketepatan yang tinggi.
  • Mengurangkan kos buruh dan perbelanjaan secara langsung.
  • Automasi dokumen.

Modul

Mail Archiver: Gunakan repositori sebagai sistem pengurusan dokumen untuk menyimpan mesej secara besar-besaran. Fail mel adalah proses yang automatik untuk pemeliharaan dan perlindungan untuk semua e-mel.

Multitenant: Multi-tenancy membolehkan pelbagai penyewa bebas dihoskan dalam sebuah komputer pelayan, yang boleh dipasangkan sama ada pada pelayan tunggal atau merentasi sekelompok pelayan-pelayan.

Tandatangan Elektronik: Dalam bidang e-dagang dan undang-undang, tandatangan pada dokumen adalah petunjuk bahawa pengguna itu menerima data digital yang direkodkan dalam dokumen itu.

Barcode: Modul membaca dan mengenalpasti barkod.

Invois Elektronik: Modul E-invois mengeluarkan data dalam format "XML" dan menyimpannya dalam sistem.

CMIS: Penyambung sistem OpenCMIS yang khusus, yang membolehkan OpenKM digunakan sebagai pelayan CMIS.

Cryptography: Fail disulitkan dan disahsulit.

Laporan: Bina laporan anda melalui Jasper Reports dan sebarkan di pelayan OpenKM untuk pemakaian pengguna. Laporan boleh dihasilkan dalam format PDF.

Pengurus tugas: Membina, mentadbir dan memberi tugasan kepada pengguna dan peranan.

Integrasi

Pengurusan dokumen perusahaan OpenKM menyediakan platform yang saling beroperasi untuk memanfaatkan sumber-sumber di seluruh aplikasi dan repositori di seluruh perusahaan. Kami telah membangunkan OpenKM dengan matlamat untuk menyediakan beberapa kaedah integrasi:

  • OpenKM SDK untuk Java, .Net dan PHP.
  • Menggunakan Web services dan API REST.
  • Pengesahan pengguna adalah 'pluggable' dan mudah melalui pangkalan data pengguna luar, LDAP atau Active Directory, SSO dan CAS.
  • Stor data boleh dikonfigurasikan untuk digunakan di mana-mana pangkalan data seperti MySQL, PostgreSQL, Oracle atau SQL Server.

Penyambung yang tersedia: AutoCAD, MS Office, Vtiger, BonitaSoft, Kofax, Abby Flexicapture.

Bina App anda sendiri

Alat pembangunan OpenKM adalah set utiliti yang membolehkan anda membina aplikasi khusus yang disesuaikan dengan keperluan organisasi anda, mengendalikan isi kandungan dokumen dengan mudah, mempermudahkan aliran kerja anda, dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan anda.

Set alat pembangunan OpenKM terdiri daripada:

  • Persekitaran Pembangunan OpenKM.
  • OpenKM SDK
  • Model Pembangunan Antara Muka Pengguna OpenKM.
  • OpenKM KDocs
  • Stesen Import OpenKM

Program rakan kongsi

Program Rakan Kongsi OpenKM direka untuk mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan dan meningkatkan keberhasilan serta keupayaan keseluruhan ekosistem OpenKM. Dengan sokongan pihak OpenKM, rakan kongsi mempunyai banyak keanjalan untuk menangkap peluang berkaitan OpenKM di wilayah anda. Kami bekerjasama dengan rakan-rakan ini untuk menyediakan penyelesaian pengurusan dokumen perusahaan yang terbaik untuk pelanggan.

Di OpenKM, rakan kongsi membawa sebahagian besar pendapatan global kami - oleh itulah program kami dibina untuk membantu anda berjaya. Kami berikrar untuk menyediakan sumber yang anda perlukan untuk mendapatkan inisiatif OpenKM anda supaya berjalan dengan cepat, membantu anda memenangi lebih banyak pelanggan dan menambahkan pendapatan tambahan kepada perniagaan anda yang sedia ada.

Rakan kongsi OpenKM terdiri daparipada komuniti integrator sistem yang semakin bertambah, vendor perisian, pembekal infrastruktur dan penjual semula yang membina penyelesaian mereka dengan OpenKM.

Terdapat peluang perkhidmatan yang berbeza apabila menjadi rakan kongsi seperti latihan kepada pengguna akhir mengenai penggunaan sistem yang betul untuk mendapatkan manfaat maksimum sistem DMS, perundingan, pengubahsuaian, konfigurasi produk, pengimbasan dokumen, dan kemungkinan hosting luaran antara lain.

Kami sentiasa mencari rakan kongsi yang bersemangat dan mempunyai kepakaran teknologi yang luas, komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif untuk pelanggan dan reputasi yang dapat dikenali dan dipercayai di wilayah mereka.

Hubungi kami

Pertanyaan umum

JBA Solutions Sdn Bhd

E-mel:
email
Telefon:
+60 12 809 1368 ( Malaysia )
Ibu pejabat:
BT36, Level 7, Block B1, Icom Square, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Malaysia: Sila telefon +60 12 809 1368.
Waktu pejabat:
Isnin - Jumaat: 08:00 pagi - 12:00 petang, 13:00 petang - 17:00 petang GMT+8 untuk bantuan segera. Masa sekarang ialah hari Selasa 15:10 pm di Kuching, Sarawak, Malaysia.

OpenKM di seluruh dunia:

Afrika Utara: https://www.openkm.me
Amerika Syarikat: https://www.openkm.us
Brazil: https://www.openkm.com.br
Ecuador: https://www.openkm.ec
Hungary: https://www.openkm.hu
Indonesia: https://www.openkm.id
Itali: https://www.openkm.it
Jerman: https://www.openkm.de
Malaysia: https://www.openkm.my
México: https://www.openkm-mexico.com
Paraguay: https://www.openkm.com.py
Perancis: https://www.openkm.fr
Poland: https://www.openkm.pl
Portugal: https://www.openkm.pt
Romania: https://www.openkm.ro
Sepanyol: https://www.openkm.com
Serbia: https://www.openkm.rs
Timur Tengah: https://www.openkm.me
Yunani: https://www.openkm.gr