Ia menggabungkan latihan dengan pelancaran aplikasi.

Latihan

Dalam semua kes, kami mencadangkan kepada anda laluan latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan sistem dan tempoh pelancaran anda. Dalam pada itu, kami juga menawarkan tahap latihan terperinci yang sesuai untuk projek anda.

Latihan kami dibangunkan oleh pakar produk di OpenKM dan ditawarkan dalam pelbagai pilihan penghantaran yang disesuaikan untuk anda.

Penyediaan peta jalan kepada kejayaan menerusi latihan yang diubahsuaikan memberikan rangka kerja bagi pengguna akhir supaya menguasai kemahiran aplikasi yang diperlukan.

Penerimaan pengguna akhir yang mantap memastikan pengguna memahami fungsi aplikasi dan telah memperolehi kemahiran untuk menggunakan aplikasi dengan berkesan.

Penawaran kami merangkumi:

  • Latihan Pengguna Akhir Yang Disesuaikan.
  • Latihan Langsung Dalam Talian.

Latihan Pengguna Akhir Tersuai.

Ciri-ciri:

  • Kemahiran pentadbiran aplikasi.
  • Sesi latihan pengaktifan pengguna akhir secara kumpulan kecil.
  • Kandungan latihan yang disesuaikan secara menyeluruh.
  • Integrasi.
  • Aliran kerja (Workflow).
  • Sesi individu bagi setiap syarikat.
  • Pengurangan bilangan pembantu.
  • Hubungan langsung dengan pasukan pembangun OpenKM.
  • Semakan kod.

Latihan Langsung Dalam Talian.

Kursus Pentadbir OpenKM

Lokasi: Platform Dalam Talian OpenKM

Keperluan: profail atau kemahiran teknikal adalah digalakkan.

Kursus dalam talian Pentadbir OpenKM menyediakan pengetahuan yang diperlukan untuk pembangunan dan pengembangan perisian pengurusan dokumen.

Kandungan:

Konsep asas

  • Mulakan aplikasi di Linux.
  • Mulakan aplikasi di Windows.

Fungsi asas pentadbiran

  • Pembahagian fungsi dalam pentadbiran.
  • Definisi jenis dokumen (jenis mime).
  • Cara menggunakan dokumentasi.
  • Panel Statistik.
  • Pengurusan pengguna.
  • Asas Keselamatan.
  • Pengurusan Profail.
  • Perhubungan.
  • Pengurusan gaya CSS.
  • Laporan.
  • Audit.
  • Automasi.
  • Aliran Kerja.
  • Setem.
  • Crontab.
  • OCR Zonal.
  • Pengurusan bahasa.
  • Utiliti Tambahan.
  • Tetapan.
  • Penyesuaian halaman log masuk.
  • Pengesahan Kata Laluan.

Proses pemasangan

  • Linux.
  • Windows.
  • Integrasi dengan AD.

Mengapa melabur dalam latihan

Profesional yang terlatih dengan betul mempunyai pemahaman produk yang lebih luas dan dapat memanfaatkan semua yang mereka pelajari dalam program latihan berstruktur demi memberi tumpuan kepada apa yang penting, mengelakkan perangkap umum, dan menjadi lebih mahir dalam menyelesaikan masalah malah mengesan dan mengelakkan mereka sebelum ianya berlaku .

Latihan-latihan akan membantu anda mencapai pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan. Dengan mencapai kecekapan yang lebih tinggi, latihan juga akan membolehkan organisasi anda:

  • Meningkatkan produktiviti pekerja.
  • Memenuhi objektif perniagaan dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan ralat semasa pemasangan, konfigurasi dan penyebaran sistem.
  • Mengadakan latihan konsisten di seluruh pasukan berfungsi.
  • Memperdayakan pengguna akhir untuk penggunaan aplikasi yang memaksimumkan manfaat perniagaan.

Hubungi kami

Pertanyaan umum

JBA Solutions Sdn Bhd

E-mel:
email
Telefon:
+60 12 809 1368 ( Malaysia )
Ibu pejabat:
BT36, Level 7, Block B1, Icom Square, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Malaysia: Sila telefon +60 12 809 1368.
Waktu pejabat:
Isnin - Jumaat: 08:00 pagi - 12:00 petang, 13:00 petang - 17:00 petang GMT+8 untuk bantuan segera. Masa sekarang ialah hari Isnin 12:36 pm di Kuching, Sarawak, Malaysia.

OpenKM di seluruh dunia:

Afrika Utara: https://www.openkm.me
Amerika Syarikat: https://www.openkm.us
China: https://www.openkm.cn
Hungary: https://www.openkm.hu
Indonesia: https://www.openkm.id
Itali: https://www.openkm.it
Jerman: https://www.openkm.de
Malaysia: https://www.openkm.my
Perancis: https://www.openkm.fr
Poland: https://www.openkm.pl
Rusia: https://www.openkm.ru
Sepanyol: https://www.openkm.com
Serbia: https://www.openkm.rs
Timur Tengah: https://www.openkm.me
Yunani: https://www.openkm.gr